Refleksi

 

Nama : Riss Natasha Balqish Binti Mohd Shafiee

No ID : ICN22-11-040

Kelas : DCN 2B

PANDANGAN SAYA MENGENAI PROJEK INI

Pada pandangan saya, saya berasa amat gembira dan bersyukur kerana dapat menyelesaikan tugasan projek ini dalam masa yang ditetapkan. Projek ini amat berharga buat diri saya kerana projek ini telah mengajar saya banyak perkara.

Tugasan pembentangan saya yang bertajuk ‘Kesihatan Mental’ ini telah membantu mengasah soft skill saya dalam meningkatkan keyakinan melakukan pembentangan dan mengajar saya untuk sentiasa bersedia dalam menyediakan isi isi yang bermakna dan sesuai dengan tajuk pembentangan tersebut. Saya juga dapat menambah ilmu dan mendapat kesedaran tentang isu kesihatan mental ini serta dapat mengamalkan tips penjagaan kesihatan mental.

Tugasan tarian aerodance juga telah banyak menyedarkan saya dalam banyak perkara. Antaranya ia dapat merapatkan silaturahim sesama ahli kumpulan serta ia telah memupuk nilai murni seperti bekerjasama dalam kumpulan dan sangat menyihatkan tubuh badan kerana melakukan tarian senaman aerobik yang mencergaskan badan.

Selain itu, projek ini juga telah membantu saya menambah pengetahuan dari segi mereka bentuk blog dan blog ini dapat dijadikan sebagai platform untuk orang ramai dapat membacanya sekaligus mendapat kesedaran tentang pentingnya kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian kita.

Akhir sekali, cadangan penambahbaikan daripada saya ialah saya berharap agar dapat mencipta komunikasi yang baik antara ahli kumpulan supaya tugasan berkumpulan dapat dihasilkan dengan lebih baik dan lebih mantap di masa hadapan kelak. Saya amat berterima kasih kepada Madam Hasmah kerana membimbing saya sepanjang menghasilkan projek ini dengan baik.

Comments

Popular Posts